MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat kali Pertama

Agenda Mesyuarat JKKS Kali Pertama 2010

 

 

                        1.       Ucapan Pengerusi.

                    2.       Bentang dan sahkan minit mesyuarat yang lalu.

                    3.       Perkara Berbangkit.

                    4.       Perlantikan JKKS 2010.

                    5.       Dasar Kurikulum.

                    6.       Sukatan Pelajaran & Rancangan Pelajaran Harian

                    7.       Pengajaran dan Pembelajaran.

                    8.       ABM

                    9.       Pemulihan dan Pengayaan.

                    10.     Penilaian & Peperiksaan / Program Peningkatan Akademik.

                    11.     Analisa UPSR / Tindakan susulan.

                    12.     Pemantauan.

                    13.     ICT.

                    14.     Hal – hal lain.

                    15.     Penutup.

            MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH (JKKS)

SK RAJA MUDA MUSA, 33000  KUALA KANGSAR.

KALI PERTAMA  2010

 

Tarikh              : 19.01. 2010 (  Selasa  )

Masa                : 2.00 petang

Tempat            : Bilik Gerakan.

Kehadiran       :  Ahli Jawatankuasa Kurikulum 22 orang dari 28 orang

BIL

NAMA

JAWATAN

1.

En. Ilyas bin Saad

Guru Besar

2.

En. Zainal Abidin b. Anjang Ahmad

P.Pentadbiran

3.

Tn.Hj Jamaluddin b. Mohd Isa

P.K HEM

4.

En. Mohd Zuhri b. Shaharuddin

P.K Koku

5.

Pn. Norhayati bt. Che Man

S/U JKKS

6.

En. Mohd Husin B. Abu Bakar

K.P BM

7.

Pn. Siti Robaniah Bt. Senin

K.P PAI/ GURU SPBT

8.

Pn. Mahani bt Mokhtar

K.P KAJIAN TEMPATAN

9.

En. Ahmad Shahrul Amin B. Mat Yusof

K.P SIVIK/S.U PEPERIKSAAN AWAM

10.

Pn. Siti Narimawati bt. Mohd Shaharuddin

S.U PEPERIKSAAN DALAMAN

11.

Pn. Khadijah Bt. Ishak

K.P MATEMATIK/ S/U JADUAL WAKTU

12.

En.Munzir b. Othman

K.P KEMAHIRAN HIDUP

13

En.Kalifandi b. Abd Rahman

PENYELARAS PRA

14

Pn. Norlaili bt Amir

PENYELARAS TH 1

15

Pn. Suriza bt. Meor Bashah

PENYELARAS TH 3/SU PPSMI

16

Pn. Hjh Rohani bt Nordin

PENYELARAS TH 5

17

Pn. Rohiza Nor bt. Jaafar

PENYELARAS TH 6

18

En. Musa b. Yeop Ahyauddin

PENYELARAS PEN.KHAS

19

Pn. Hifzah bt. Hj Syukur

S/U LINUS

20

Pn. Noor Hasyimah bt. Abdullah

S/U J-QAF

21

En. Wan Razali b. Ibrahim

PENYELARAS TAHUN 4 / KP  PJPK

22

Pn. Nor Adelena bt. Esa

GURU PSS / KP PSV

 

Tidak Hadir

 

BIL

NAMA

JAWATAN

CATATAN

1.

Pn. Mazlina bt. Mahmud

PENYELARASTH 2/ KP BI

Kelas Tambahan Tahun 6

2.

En. Pirdaus bin Ahmad

S.U  Perkembangan STAF/ KP Sains

Cuti sakit

3.

En Khairuddin b. Puteh Yaacob

K.P MUZIK

Bersebab

4.

Pn. Fauziah bt. Ayob

KP Pend. Moral

Kelas Tambahan Tahun 6

5.

En. Arsat b. Shaari

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Bersebab

6

En. Abd Halilah b. Mat Arof

Guru PEMULIHAN

Cuti sakit

 

Agenda :

1.               Ucapan Pengerusi

2                Bentang Dan Sahkan Minit Yang Lalu

3                Perkara Berbangkit

4.               Perlantikan  Ahli  JKKS 2010

      5.               Dasar Kurikulum

      6.               Sukatan Pelajaran / Rancangan Pelajaran Harian

7.               P & p

8.               ABM

9.               Pemulihan dan Pengayaan

10.             Penilaian dan Peperiksaan / Program Peningkatan Akademik

11.             Analisa UPSR / Tindakan Susulan.

12.             Pemantauan.

13.             ICT

14.             Hal – hal lain.

15.             Penutup.

 

 

1.         Ucapan Pengerusi

 

1.1       JKKS

1.1.1  Dimulakan dengan ummul kitab Al-Fatihah seterusnya mengucapkan salam   

           serta mengalu-alukan kedatangan semua ahli JKKS.

 

            1.1.2    Ucapan terima kasih kepada ahli JKKS 2009 atas segala kerjasama serta

                       tanggungjawab yang telah dijalankan.

            1.1.3    JKKS merupakan jawatankuasa tertinggi untuk menentukan hala tuju

sekolah. Diharap jawatankuasa yang dilantik dapat memberi kerjasama yang terbaik. Segala tindakan kepada ketua panitia harus ada maklum balas yang baik.

 

            1.1.4    Analisa daripada pihak PPD , 51% daripada Panitia di sekolah

(Kuala Kangsar) tidak berfungsi dengan baik.

 

1.1.5    Maklum balas dari pihak Jemaah Nazir Sekolah mendapati Jawatankuasa Kurikulum kurang memantau. Penyeliaan P & P yang dilakukan oleh Guru Besar , Penolong Kanan dan Ketua Panitia belum berkesan.

 

1.2       NKRA

1.2.1    Tingkatkan kualiti Pendidikan Prasekolah dengan adanya perubahan dalam kurikulum prasekolah.

           

            1.2.2    Program LINUS. Pada akhir tahun 2012, murid dapat menguasai 3M 100%.

 

            1.2.3    SBT dinilai daripada pencapaian akademik dan kokurikulum.

 

1.3       2 Tahun 2 Tahap (2T2T). Terdapat warga sekolah yang masih kurang jelas tentang pelaksanaan 2T2T.

 

1.4       SKPM . Penilaian dilakukan sebelum 31 Disember pada setiap tahun. Bermula pada tahun 2009.

 

1.5       Jadual mensyuarat JKKS ialah pada 19/1 , 25/3 , 28/6 dan 26/11/2010.

 

1.6       Time Slip tidak boleh digunapakai ketika mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

 

1.7       Pengerusi juga menekankan bahawa waktu lima minit yang terakhir setiap hari adalah untuk membersihkan kelas.

 

 

2.       Bentang dan sahkan minit mesyuarat kurikulum kali ke – 4  2009.

 

                     Cadangan : En. Ahmad Shahrul Amin bin Mat Yusof

Sokongan : En. Munzir bin Othman

 

3.      Perkara berbangkit.

         3.1          Sukan Tahunan bagi tahun 2010 diadakan pada 11.2.2010.

 

         3.2          Semakan stok bagi Panitia Sivik dan Panitia Kajian Tempatan hendaklah diasingkan.

 

                                                                                                            Tindakan : Ketua Panitia.

         3.3          En. Kalifandi memaklumkan tentang Kurikulum Prasekolah ditukar kepada Kurikulum Baru Prasekolah.     

 

4.      Perlantikan JKKS 2010

            Cadangan        : En. Zainal Abidin bin Anjng Ahmad

            Sokongan        : En. Jamaluddin bin Mohd. Isa

 

 

5.     Dasar Kurikulum.

            5.1       Format Prestasi seperti Tahun 6.

 

            5.2       PPSMI masih  berjalan seperti biasa.

 

5.3       Rekod Kawalan Kerja Murid masih digunapakai di dalam kelas. Semua KP diharap  memaklumkan kepada guru dalam mesyuarat panitia.

           

                                                                                                Tindakan : Ketua panitia.

 

            5.4       Buku Rekod Salah Laku Murid hendaklah diletakkan di dalam kelas.

 

                                                                                                Tindakan : Guru kelas.

 

 

6.     Sukatan Pelajaran / Rancangan Pelajaran Harian

            6.1       Tiada perubahan kecuali untuk Prasekolah.

 

6.2       Rancangan Harian mesti ditulis dengan ringkas dan tepat. Dihantar pada setiap hari Jumaat untuk direkodkan.

 

                                                                                                Tindakan : Semua Guru.

 

7.         Pengajaran dan Pembelajaran.

 

7.1       Pemantauan yang berkesan. Guru-guru mesti sentiasa bersedia untuk dipantau oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Ketua Panitia.

 

                                                                                                Tindakan : Semua Guru

 

            7.2       Jumlah murid yang sedikit atau banyak mempengaruhi P&P di dalam kelas.

 

8.         Alatan Bantuan Mengajar

 

8.1       Ketua Panitia diminta menyenaraikan barang / ABM-belanjawan 2010 sudah diterima.

                                                                                                Tindakan : Ketua Panitia.

 

 

9.         Pemulihan dan Pengayaan.    

           

            9.1       Berlaku dalam setiap pengajaran dan pembelajaran.

 

 

 

 

 

 

 

10.       Penilaian dan Peperiksaan / Program Peningkatan Akademik.

 

            10.1     Soalan PKSR akan dibeli melalui MGB.

 

            10.2     Ujian Penilaian dijalankan sebanyak empat kali setahun.

 

                                                                                                Tindakan : Setiausaha Peperiksaan.

           

10.3     Jumlah Pelajar Hikmah bagi Tahun 2 dan Tahun 3 mesti disemak semula.

 

                                                                                    Tindakan : Penyelaras Tahun 2 dan 3.

 

11.       Analisa  UPSR / Tindakan Susulan.

 

11.1     Panitia mata pelajaran terus perlu membandingkan pencapaian UPSR yang lalu, seterusnya bincangkan strategi dalam mesyuarat.

 

12.       Pemantauan.

 

12.1     Dijalankan dua kali setahun. Penekanan kepada set induksi , perkembangan pelajar, penglibatan murid, pemulihan dan pengayaan.

 

                                                                                                Tindakan : AJK Pemantauan.

 

13.       ICT

 

1.3.1    Proses pelupusan komputer lama ( Fasa 1) sedang dijalankan oleh Penyelaras Makmal Komputer.

 

13.2     En. Ahmad Shahrul Amin meminta Ketua Panitia membuat / menyediakan portal masing-masing.

                                                                                    Tindakan : Ketua panitia.

 

 

14. Hal – hal Lain.

 

14.1     Setiausaha J_QAF meminta jadual khusus kelas tambahan tahun 6 untuk disesuaikan dengan Kelas Tasmik.

 

14.2     En. Wan Razali mencadangkan agar guru – guru yang mengajar mata pelajaran Muzik memberi penekanan kepada lirik lagu yang dinyanyikan sewaktu perhimpunan pagi.

 

 

 

14.3     En. Husin selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu meminta penjelasan tentang masa untuk aktiviti  Minggu Bahasa. Pengerusi bersetuju tetapi jangan mengambil masa P&P yang teralu lama.

                                                                                                Tindakan : Guru Bertugas Mingguan.

 

14.4     Pn. Khadijah memaklumkan tentang Program Bijak Sifir sewaktu perhimpunan pagi.

                                                                                               

Tindakan : Guru Bertugas Mingguan.

 

 

15.       Penutup.

 

Ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Mesyuarat diakhiri dengan surah al-Asr dan ditangguhkan pada jam 4.20 petang.

 

 

 

 

 

Disediakan oleh,                                                                     Disemak oleh ,

 

 

 .............................................                                      …………………………..

(PN.NORHAYATI BT. CHE MAN)                                    (EN. ILYAS BIN SAAD)

 Setiausaha JKKS SKRMM 2010                              Guru Besar SKRMMM

Make a Free Website with Yola.