JKKSSKRMMKK

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH (JKKS)

SK RAJA MUDA MUSA, 33000  KUALA KANGSAR.

KALI KEDUA  2010

 

Tarikh              : O6 Mei 2010 (  Khamis  )

Masa                : 1.40 petang

Tempat            : Bilik Mesyuarat.

Kehadiran       :  Ahli Jawatankuasa Kurikulum 28 orang dari 29 orang

BIL

NAMA

JAWATAN

1.

Tn Hj. Ilyas bin Saad

Pengerusi

2.

En. Zainal Abidin b. Anjang Ahmad

P.K 1

3.

Tn. Hj Jamaluddin b. Mohd Isa

P.K HEM

4.

En. Mohd Zuhri b. Shaharuddin

P.K Koku

5.

Pn. Norhayati bt Che Man

S/U JKKS

6.

En. Mohd Husin B. Abu Bakar

K.P BM

7.

Pn Mazlina bt Mahmud

K.P BI/Penyelaras Thn 2

8.

En. Pirdaus bin Ahmad

K.P.SAINS

9.

Pn. Siti Robaniah Bt. Senin

K.P PAI/ GURU SPBT

10.

En. Wan Razali bin Ibrahim

K.P PJPK/Penyelaras Thn 4

11.

Pn. Mahani bt Mokhtar

K.P KAJIAN TEMPATAN

12.

En.Munzir b. Othman

K.P KEMAHIRAN HIDUP

13

En .Norhisham b. Mohamad

K.P MUZIK

14

Pn Nor Adelena Bt. Esa

K.P PEN SENI/GURU PSS

15

En. Ahmad Shahrul Amin B. Mat Yusof

K.P SIVIK/S.U PEPERIKSAAN AWAM

16

Pn. Fauziah bt Ayob

K.P PEN. MORAL

17

Pn. Khadijah Bt. Ishak

K.P MATEMATIK/ S/U JADUAL WAKTU

18

Pn. Siti Narimawati bt. Mohd Shaharuddin

S.U PEPERIKSAAN DALAMAN

19

Pn Rohana bt Mohamed Khalid

PENYELARAS SBT

20

En.Kalifandi b. Abd Rahman

PENYELARAS PRA

21

Pn. Norlaili bt Amir

PENYELARAS TH 1

22

En Arsat b. Shaari

Bimbingan Dan Kaunseling

23

Pn. Hifzah bt. Hj Syukur

S/U  LINUS

24

Pn. Rohiza Nor bt. Jaafar

PENYELARAS TH 6

25

Pn. Hjh Rohani bt Nordin

PENYELARAS TH 5

26

En. Musa b. Yeop Ahyauddin

PENYELARAS PEN.KHAS

27

Pn. Suriza bt. Meor Bashah

S/U PPSMI/Penyelaras Thn 3

 

 

 

28

Pn. Norhashimah bt Abdullah

Setiausaha J-QAF

 

Tidak Hadir

 

BIL

NAMA

JAWATAN

CATATAN

1.

En. Abdul Halilah b Mat Arof

Guru Pemulihan

Bersebab

 

 

 

 

 

Agenda Mesyuarat JKKS Kali Kedua 2010

 

 

1.         Ucapan Pengerusi.

2.         Bentang dan sahkan minit mesyuarat yang lalu.

3.         Perkara Berbangkit.

4.         Analisa Ujian Bulanan

5.         Persediaan PKSR 1.

6.         Laporan Aktiviti Panitia.

7.         Tindakan susulan 2T2T.

8.         Hal – hal lain.

9.         Penutup.

           

 

1.         Ucapan Pengerusi

 

1.1     Dimulakan dengan ummul kitab Al-Fatihah seterusnya mengucapkan salam serta  

          mengalu-alukan kedatangan semua ahli JKKS. Ucapan selamat datang kepada ahli baru  

           SKRMM iaitu Cikgu Norhisham.

 

1.2       Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Kuantan pada 16 Mei 2010 dan pada 15 Mei 2010 akan diadakan gotong-royong perdana peringkat sekolah. Pada 13 Mei 2010 pula akan diadakan Majlis Bacaan Yaasin di Masjid Hadhari Padang Rengas.Pengerusi berharap agar guru-guru dapat menganggap kerja sebagai satu ibadah.

 

1.3       Pekeliling Bil. 2/1991 – Pengurusan panitia. Cara-cara menguruskan panitia. Diharap guru-guru dapat merujuk Buku Piawaian dalam menguruskan panitia masing-masing. Beliau juga berharap agar guru-guru dapat meletakkan fail-fail panitia di ruangan khas di pejabat.

 

 

1.4       Hasil Dapatan Pemantauan Pegawai PPD ke sekolah.

            1.4.1    Rancangan Tahunan tidak lengkap.

                       

            1.4.2    Rancangan Harian tidak disediakan selengkapnya.

 

            1.4.3    Set Induksi tidak dijalankan dengan sebaiknya.

 

1.4.4  Penglibatan murid dalam P&P juga kurang. Pemeriksaan latihan murid juga tidak mencukupi.

 

 

1.5       Program 2T2T

 

1.5.1    Pengerusi meminta guru-guru membuat suatu strategi bagi menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid.

 

1.5.2    Guru-guru juga diminta merujuk format yang disediakan dalam komputer di bilik guru semasa menyediakan KPI masing-masing.

                                                                                                          Tindakan : semua guru

 

1.5.3    Pengerusi memaklumkan bahawa sasaran Program LINUS adalah sifar menjelang 2012.

 

1.5.4    Pengerusi juga mengingatkan guru-guru agar melengkapkan borang AR1 dalam headcount kelas masing-masing. Setelah selesai PKSR 1 , headcount tersebut hendaklah dicetak semula.

                                                                                                          Tindakan : semua guru

 

1.5.5    Pengerusi meminta agar guru-guru JQAF dapat mengadakan perjumpaan bagi membincangkan program seterusnya.

                                                                                                          Tindakan : S/U JQAF

 

2.       Bentang dan sahkan minit mesyuarat kurikulum kali  pertama  2010.

 

                     Cadangan : En. Mohd Husin b Abu Bakar

Sokongan : Pn. Hjh Rohani bt Nordin

 

3.      Perkara berbangkit.(Rujuk minit mesyuarat yang lalu.)

        

         12           Pengerusi mengingatkan semua AJK Pemantauan agar dapat melengkapkan maklumat hasil pemantauan dalam borang yang disediakan.

        

         13.1        Penyelaras Makmal Komputer sekolah memaklumkan bahawa proses pelupusan telah dilakukan.

 

         13.2        Ketua panitia diharap dapat melengkapkan maklumat panitia dalam portal masing-masing.

 

 

4.      Analisa Ujian Mac 2010

 

4.1       Pengerusi mengingatkan semua guru agar dapat memberi perhatian tentang jumlah pelajar hikmah dalam kelas-kelas yang terlibat.

 

4.2       Guru-guru tahun 6 digalakkan menyediakan P&P yang memberi tumpuan kepada pelajar. Murid-murid juga digalakkan belajar dalam kumpulan.

 

5.     Persediaan PKSR 1

 

5.1       Setiusaha peperiksaan membentangkan carta aliran tugas PKSR 1 seperti dalam lampiran. Beliau juga memaklumkan bahawa soalan bagi mata pelajaran teras disediakan oleh MGB.

5.2       Hari menandatangani kad pelaporan telah ditetapkan pada minggu pertama selepas cuti penggal pertama.

 

6.     Laporan Aktiviti Panitia

           

6.1       Laporan aktiviti panitia  dibentangkan oleh ketua panitia seperti  dilampirkan.

 

6.2       Setiausaha LINUS memaklumkan bahawa bilangan murid yang dapat menguasai konstruk 8-12 ialah seramai 20 orang. Beliau juga memaklumkan bahawa tiga orang murid tidak hadir ke sekolah sehingga tarikh mesyuarat lalu.

 

                                                                                                Tindakan : GPK HEM.

 

7.         Tindakan susulan Program 2T2T

 

7.1       Pengerusi berharap agar setiap tahun ada pelajar Hikmah. Beliau juga menyarankan agar semua guru memberi perhatian yang lebih kepada murid yang bermasalah.

 

                                                                                                Tindakan : Semua Guru

 

8.         Hal-hal Lain

 

8.1       Pengerusi meminta agar guru kelas menanda kedatangan bagi murid-murid yang terlibat dengan aktiviti luar sebagai A bermaksud aktiviti dan hadir.

 

8.2       Pengerusi memaklumkan bahawa sidang redaksi bagi majalah sekolah telahpun dilantik.

 

8.3       PA Sistem untuk ke seluruh kawasan sekolah telah dipasang dan boleh digunakan.

 

8.4       Pengerusi mengingatkan semua guru agar tidak mengambil masa yang lama dalam perhimpunan mingguan.

                                                                                     Tindakan : Guru Bertugas

 

8.5       Pengerusi juga memaklumkan bahawa murid-murid dikehendaki hadir ke sekolah sebelum pukul 7.25 pagi untuk aktiviti bacaan pagi. Loceng pertama akan dibunyikan.

 

9.         Penutup.

 

Ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Mesyuarat diakhiri dengan surah al-Asr dan ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

 

 

 

Disediakan oleh,                                                                     Disemak oleh ,

 

 

 .............................................                                      …………………………..

(PN.NORHAYATI BT. CHE MAN)                                    (EN. ILYAS BIN SAAD)

 Setiausaha JKKS SKRMM 2010                              Guru Besar SKRMMM

                                                                                                 

 

 

 

 

Make a Free Website with Yola.